Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, March 12, 2022

𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚?

 

 



Kajian pakar kewangan menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan walaupun untuk jangka masa pendek.

Rakyat Malaysia dikatakan tidak menabung, malah ramai yang mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam simpanan. Laporan menyatakan apabila 6.1 juta ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.

Manakala 10 peratus pula mempunyai antara RM5,000 hingga RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP mereka. Selain itu, data juga menunjukkan 42 peratus pula mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka. Keadaan ini memberi gambaran secara tidak langsung bahawa ramai yang masih tidak bersedia dengan simpanan persaraan mereka.

Dalam kata lain, kesedaran orang ramai terhadap perkara ini masih rendah dan simpanan persaraan mereka juga ‘masih terlalu jauh’ untuk memberi jaminan kewangan yang kukuh selepas bersara.

Wang saraan tidak cukup kerana mereka hanya bergantung kepada satu sumber simpanan sahaja. Golongan pekerja pula hanya bergantung kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas persaraan.

Ada yang tidak mempunyai simpanan alternatif untuk kegunaan hari tua. Malah,mereka juga terdedah kepada risiko pasca bersara, seperti kos tidak dirancang (sakit tenat).Kos kehidupan yang semakin meningkat dan kurang peluang selepas bersara untuk mencari peluang menambah pendapatan juga boleh menjadi punca.

Kos kesihatan juga semakin tinggi dan kebanyakan mereka menggunakan sebahagian besar simpanan mereka untuk keperluan anak-nak dan cucu seperti membeli rumah, kereta atau untuk pendidikan.

Umur persaraan di Malaysia ditetapkan pada usia 60 tahun. Sesetengah individu mempunyai kelebihan untuk bersara lebih awal, namun, selebihnya berharap untuk bekerja lebih lama. Statistik menunjukkan bahawa 45.2% rakyat Malaysia masih bekerja pada usia 55 – 64 tahun

Bank Dunia menggunakan data rasmi untuk mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa 39.2% tenaga buruh di Malaysia tidak didaftarkan di bawah dana persaraan sama ada di sektor swasta atau pencen kerajaan pada tahun 2019

𝐁𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚

Perkara ini sebenarnya bergantung kepada diri sendiri kerana terdapat gaya hidup yang berbeza antara satu sama lain.

Terdapat pelbagai cara untuk bersedia menghadapi persaraan tetapi simpanan perlu dilakukan bermula hari ini.

Saya ingin mencadangkan kepada anda semua untuk melihat kepada tabungan alternatif seperti saham dan pelaburan.

Lebih baik bermula sekarang daripada bertangguh dan buangkan sikap suka menunggu dan akhirnya kita sendiri yang sengsara.

Mulakanlah simpanan dan pelaburan anda hari ini.

Create your Retirement fund today ! Saya juga sudah bermula, anda bila lagi?


Jomm Retire dengan penuh bergaya dan selesa !

Hubungi saya untuk saya share how to create your second retirement fund today !

https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/

https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/

https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/


Salam penuh kasih sayang,


Raghdah Haji Daud

Your Trusted Consultant

Elite Pro Life Planner

Imtiyaz Consultancy Group

 

Thursday, March 10, 2022

Apa Itu Cross Hibah ?

 Apa itu Cross Hibah ?





Jomm sama sama kita belajar .

Cross hibah tu apabila pasangan suami isteri masing-masing ada polisi takaful dengan meletakkan nama pasangan mereka sebagai penama. Sebagai contoh :
Suami mohon polisi hibah takaful bernilai RM 1,000,000.00 dan letakkan nama isteri sebagai penama.
Isteri pula mohon polisi hibah takaful bernilai RM 1,000,000.00 dan meletakkan nama suami sebagai penama.
Sekiranya salah seorang daripada pasangan kita meninggal, pampasan hibah ini akan diberi terus kepada penama tanpa perlu melalui proses faraidh dan boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan serta membesarkan anak-anak.
Yang lebih menarik lagi klien-klien wanita yang kebanyakannya bergelar isteri, lebih cenderung untuk meletakkan anak-anak atau ibu bapa sebagai penama bagi hibah takaful mereka.
Apabila saya tanya kenapa tak letak nama suami? Jawapan mereka walaupun kedengaran lucu tapi ada asasnya.
“Lebih selamat saya bagi pada anak-anak. Kalau letak nama suami, takut suami kahwin lain lepas saya meninggal dunia.”
Jadi apa solusinya? CROSS HIBAH.
Suami ambil hibah, letakkan penama isteri & juga isteri ambil hibah serta letakkan suami sebagai penama hibah.
Dengan cara ni, tiada lagi kesangsian terhadap pasangan serta bersetuju untuk saling bantu membantu.
Bagaimana dengan korang yang sudah bergelar suami dan isteri?

Mengapa Anda Perlu Pilih Hibah Takaful AIA?

💙 Perlindungan hibah keluarga daripada RM50K sehingga RM4 Juta tanpa medical check up

💙 Bayaran pampasan 100% untuk kematian biasa

💙 Bayaran pampasan 200% untuk kematian disebabkan kemalangan dan kemalangan ketika mengerjakan ibadah Haji

💙 Bayaran pampasan 300% untuk kematian ketika menaiki pengangkutan awam

💙 Bayaran pampasan 600% untuk kematian ketika bencana alam

Rekod bayaran pampasan yang tinggi RM3.19 billion pada tahun 2020 sahaja

Dapatkan Quotation PERCUMA hari ini dan boleh contact saya untuk maklumat lanjut !

Raghdah Haji Daud
Elite Pro Life Planner
Imtiyaz Consultancy

Wednesday, March 9, 2022

Apa yang Anda Perlu Tahu Jika Anda Adalah Seorang Pembayar Cukai? Lihat Pelepasan Cukai Yang Layak Buat Anda

 

Bermula bulan MARCH 2022, para pembayar cukai boleh mengemukakan e-Filing Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2021.

Seperti tahun-tahun sebelum ini saya ingin mengingatkan tuan/puan sekalian untuk memasukkan potongan Insurans/Takaful ke dalam 'Tax Declaration' tuan/puan.

 

𝑨𝒍𝒉𝒂𝒎𝒅𝒖𝒍𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒄𝒍𝒊𝒆𝒏𝒕𝒔 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐮𝐦 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐏𝐑𝐒 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐏𝐫𝐢𝐯𝐚𝐭𝐞 𝐑𝐞𝐭𝐢𝐫𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐒𝐜𝐡𝐞𝐦𝐞 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐜𝐮𝐤𝐚𝐢 :-


💙RM 3,000 = HIBAH dan Insurans Hayat (Life Insurans)

💙RM 3,000 = Insurans Perubatan (Medical Card)

💙RM 7,000 = Insurans/Takaful Nyawa (Hayat) &KWSP (EPF)

💙RM 3,000 = Skim Persaraan Swasta ( Private Retirement Scheme)



Semoga bermanfaat buat semua.

 


Raghdah Haji Daud

Elite Pro Life Planner

Imtiyaz Consultancy Group

Sunday, February 27, 2022

ANAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA

 

Tahukah anda, dengan kos pendidikan yang meningkat setiap tahun, ramai ibu bapa di Malaysia terpaksa memohon pinjaman untuk membiayai kos pendidikan anak-anak mereka?
Ya. Memang kita boleh memohon pinjaman PTPTN mahupun biasiswa untuk menanggung kos pendidikan anak-anak. Tetapi adakah kita bersedia membebankan anak-anak kita dengan hutang dikala mereka baru mula mengenal erti kehidupan.
As Benjamin Franklin said, an investment in knowledge pays the best interest.
So, di mana kita pada waktu ini? Adakah kita sudah memikirkan sesuatu buat anak anak kita, sedari mereka kecil, kita lah ibu bapa perlu mendidik serta menyediakan sesuatu buat mereka antaranya adalah Tabungan Pendidikan.
Apa impian kita buat anak anak kita, pasti kita ingin lihat anak anak kita berjaya dalam hidup mereka kan?
Cuba kita lihat kos pendidikan di zaman sekarang, kita lihat dahulu kos untuk memasuki tadika atau pre -school education, satu contoh yang saya ambil iaitu :-
Yuran Tahunan : RM 2000
Yuran Bulanan : RM 450
Cuba lihat kosnya sekarang wahh !mmg memerlukan wang yang bukan sedikit, ini contoh sekiranya kita ingin menghantar anak kita ke tadika atau pre-school aliran swasta di mana modul, silibus serta kaedah pembelajaran yang lebih tersusun dan up to date .
Manakala kos yuran di peringkat Universiti (IPTS) dalam Malaysia untuk kursus Engineering lebih kurang RM75,000 . Manakala kos yuran di peringkat Universiti Luar Negara untuk kursus Engineering mencecah hampir RM200K (as at todate).
Kos pendidikan memang akan sentiasa meningkat sejajar dengan kehendak pasaran yang memerlukan graduan yang berkeyakinan tinggi, intelektual serta mempunyai skill yang
hebat
dalam bidang yang mereka ceburi.
Sebab tu penting untuk kita merancang kewangan untuk dana pendidikan anak-anak.
So, mulakanlah dari sekarang menabung untuk anak anak kita, seawal anak dilahirkan create satu dana pendidikan buat mereka, hanya serendah RM500 SEBULAN SAHAJA sudah boleh menabung!
So,para ayah dan ibu sekalian, jom lah mulakan menabung sekarang demi masa depan yang
terbaik
buat anak anda !
Kalau bukan anda yang mulakan, siapa lagi betul tak?
I 💙 MY FAMILY .
Elite Pro Life Planner
Imtiyaz Consultancy Group





Wednesday, February 16, 2022

Part 2 : Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Suatu masa dahulu inilah saya ! Lebih kurang 7-8 tahun saya bekerja dalam sektor bank. Saya bermula dari bawah iaitu Officer sehinggalah jawatan terakhir sebagai seorang Senior Executive cum Team Leader.

Apabila naik pangkat, of course bebanan kerja juga bertambah,itu sudahlah pasti kan,masa tu saya dah mula terfikir adusss penat betul aku bekerja dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan kadangkala weekends pun kena kerja,sometimes bawak anak sekali ke ofis bila time weekends.
One day, anak saya bagitahu , "Mama, selalu kan waktu mama amik kitorang,semua orang dah balik dah,mama selalu amik kami lambat," kasihan dan sedih hati ini bila mendengar anak anak berkata begitu.Anak anak memang dijaga oleh pengasuh, asyik laa bertukar pengasuh sehinggalah yang terakhir anak anak berada di taska.
So, my big why mengapa saya nak sangat berhijrah dari kerja makan gaji dan terikat dengan masa kerja kepada business owner kerana anak anak saya...yea kerana anak anak saya!
Memang saya akui masa saya sangat limited, kerana di waktu pagi time hantar mereka ke sekolah itulah sedikit masa yang saya hanya sempat bertemu mereka sekejap sahaja dan bila waktu saya pulang, usually jam 10 malam baru saya sampai ke rumah, kadang2 anak anak dah tidur. Weekends pun kerja lagi,....huwaaaa bila masa untuk saya bersama anak2 dan keluarga?
Dan Alhamdulillah, setelah saya mengambil keputusan paling besar untuk meninggalkan alam pekerjaan makan gaji dan menjadi seorang business owner,terlalu banyak perkara yang saya sangat sangat bersyukur kepada Allah adalah "I AM THE MOST HAPPIEST MOM AND WIFE IN THE WORLD" !
Memang saya sangat sangat tidak menyesal dengan keputusan yang saya buat ini kerana hubungan saya bersama anak anak semakin baik dari hari ke hari, kami punyai masa yang sangat banyak untuk bersembang,makan bersama, spend more activities bersama. Kasih sayang juga terasa sangat mendalam.
Dalam hidup ini, saya selalu memikirkan saya tidak mahu kehilangan kasih sayang daripada orang yang saya sayang.Saya ingin hidup BAHAGIA bersama mereka.
Mereka adalah orang orang yang saya sangat sayangi, my dear daling husband , anak anak kesayangan saya ,merekalah kekuatan semangat saya, kerana mereka jugalah SAYA PERCAYA SAYA BOLEH BERJAYA !
Mereka adalah my BIG WHY !
Salam Sayang,

Wednesday, February 9, 2022

A Life Medic Famili Medical Protection So Affordable dan Harga Mampu Milik !

Now Medical Protection sangat penting. Kita sendiri pun tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada kita.

The best way adalah kita pakat sama sama amik cakna tentang gaya hidup kita,pemakanan kita..pesanan ini juga buat saya yang suka makan,kalau satu hari tak makan nasi macam tak best jer..🤣
Dulu dulu orang kata medical card ni mahal laa..tak mampu nk amik.Now, everyone mampu untuk memiliki medical card.
Dari golongan B40 sehinggalah T20, boleh memilikinya.
"AIA is always the best !"
Tengok kepada keperluan dan juga your financial.

Boleh pilih sama ada inginkan :-

🔴 Medical Card (standalone ) sahaja yg ni serendah RM69 , harga akan berbeza bergantung kepada umur dan gaya hidup.Very affordable !
🔴 Medical Card + Income Protection + Saving ,yang ni juga bayaran bulanan bergantung kepada umur dan gaya hidup.
The Choice is Yours !

Jika ingin dapatkan quotation perlindungan takaful,boleh PM saya tau !


Stay Safe ! Stay Healthy !

Your Trusted Consultant,
Elite Pro Life Planner





Wednesday, February 2, 2022

Always Say Alhamdulillah !


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
🔴 Dengan nikmat kesihatan, kita mampu membuat ibadah dengan sempurna. Jangan tunggu sampai kita jatuh sakit baru ingat untuk kembali kepada ALLAH dan baru hendak fokus kepada ibadah. Kerana ketika itu, kita tidak mampu untuk buat ibadah dengan sempurna apatah lagi dalam kuantiti yang banyak.
🔴 Dengan nikmat kaya/ ada harta, gunakan ia untuk perbanyakkan sedekah. Moga dengan itu rezeki kita semakin bertambah dek keberkatan yang ALLAH limpahkan kepada harta kita.
🔴 Dengan nikmat kelapangan masa pula, gunalah ia sebaik-baiknya. Bukan perbanyakkan tidur dan makan sahaja.
🔴 Bagi yang masih muda, yang masih punya tenaga yang banyak dan belum ada keluarga, gunalah ruang yang ada pada masa sekarang untuk membantu ibu ayah sebanyak mungkin. Jangan biarkan mereka sahaja mengendalikan urusan di rumah.
🔴 Dengan nikmat nyawa yang masih dikandung badan ini, rebutlah peluang itu dengan perbaiki kekurangan yang ada pada kita baik dari segi akidah, akhlak dan sebagainya. Ini kerana kita tidak mungkin dapat kembali semula ke dunia ini setelah kita dipanggil ke alam barzakh nanti.
✅ Rebutlah peluang tersebut sebelum kita sakit, sebelum kita jatuh miskin, sebelum kita kesuntukan masa, sebelum kita tua tidak berdaya dan sebelum kita dipanggil pulang oleh ALLAH.
Ingatan ini juga buat diri saya yang selalu alpa dan terlalai,moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Taala.


Raghdah Haji Daud
MDRT Elite Pro Life Planner
Imtiyaz Consultancy Group