Saturday, March 12, 2022

𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚?

 

 



Kajian pakar kewangan menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan walaupun untuk jangka masa pendek.

Rakyat Malaysia dikatakan tidak menabung, malah ramai yang mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam simpanan. Laporan menyatakan apabila 6.1 juta ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.

Manakala 10 peratus pula mempunyai antara RM5,000 hingga RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP mereka. Selain itu, data juga menunjukkan 42 peratus pula mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka. Keadaan ini memberi gambaran secara tidak langsung bahawa ramai yang masih tidak bersedia dengan simpanan persaraan mereka.

Dalam kata lain, kesedaran orang ramai terhadap perkara ini masih rendah dan simpanan persaraan mereka juga ‘masih terlalu jauh’ untuk memberi jaminan kewangan yang kukuh selepas bersara.

Wang saraan tidak cukup kerana mereka hanya bergantung kepada satu sumber simpanan sahaja. Golongan pekerja pula hanya bergantung kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas persaraan.

Ada yang tidak mempunyai simpanan alternatif untuk kegunaan hari tua. Malah,mereka juga terdedah kepada risiko pasca bersara, seperti kos tidak dirancang (sakit tenat).Kos kehidupan yang semakin meningkat dan kurang peluang selepas bersara untuk mencari peluang menambah pendapatan juga boleh menjadi punca.

Kos kesihatan juga semakin tinggi dan kebanyakan mereka menggunakan sebahagian besar simpanan mereka untuk keperluan anak-nak dan cucu seperti membeli rumah, kereta atau untuk pendidikan.

Umur persaraan di Malaysia ditetapkan pada usia 60 tahun. Sesetengah individu mempunyai kelebihan untuk bersara lebih awal, namun, selebihnya berharap untuk bekerja lebih lama. Statistik menunjukkan bahawa 45.2% rakyat Malaysia masih bekerja pada usia 55 – 64 tahun

Bank Dunia menggunakan data rasmi untuk mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa 39.2% tenaga buruh di Malaysia tidak didaftarkan di bawah dana persaraan sama ada di sektor swasta atau pencen kerajaan pada tahun 2019

𝐁𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚

Perkara ini sebenarnya bergantung kepada diri sendiri kerana terdapat gaya hidup yang berbeza antara satu sama lain.

Terdapat pelbagai cara untuk bersedia menghadapi persaraan tetapi simpanan perlu dilakukan bermula hari ini.

Saya ingin mencadangkan kepada anda semua untuk melihat kepada tabungan alternatif seperti saham dan pelaburan.

Lebih baik bermula sekarang daripada bertangguh dan buangkan sikap suka menunggu dan akhirnya kita sendiri yang sengsara.

Mulakanlah simpanan dan pelaburan anda hari ini.

Create your Retirement fund today ! Saya juga sudah bermula, anda bila lagi?


Jomm Retire dengan penuh bergaya dan selesa !

Hubungi saya untuk saya share how to create your second retirement fund today !

https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/

https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/

https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/


Salam penuh kasih sayang,


Raghdah Haji Daud

Your Trusted Consultant

Elite Pro Life Planner

Imtiyaz Consultancy Group

 

No comments:

Post a Comment