Suatu masa dahulu inilah saya ! Lebih kurang 7-8 tahun saya bekerja dalam sektor bank. Saya bermula dari bawah iaitu Officer sehinggalah jawatan terakhir sebagai seorang Senior Executive cum Team Leader.
Wednesday, February 16, 2022
Part 2 : Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
Saturday, February 5, 2022
Part 1 : Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
Mesti masa korang baca tajuk tu korang rasa nak menyanyi kan..😂😂😂
Aku berasal dari keluarga yang biasa biasa sahaja. Kehidupan kami juga tidak mewah tapi tidaklah susah sederhana sahaja.Arwah ayahku seorang polis, jawatan terakhirnya adalah OCS Balai, Balai Polis Batang Merbau, Tanah Merah. Arwah ibu pula hanyalah seorang surirumah.
Sewaktu kecil,aku bersekolah di kampung kerana arwah ayah telah pencen.Aku masih ingat sewaktu sekolah rendah aku hanya berbekalkan 50 sen sahaja ke sekolah tapi itu pun sudah mencukupi. Time rehat aku selalu beli bihun goreng sepinggan berharga 20 sen dan air sirap segelas berharga 10 sen, masih lagi berbaki 20 sen, tu nanti lepas tamat sekolah berlari pula ke kedai runcit berhadapan sekolah beli jajan.hahahaa
Jika ditanya apakah kenangan manis yang susah dilupakan, pasti aku menjawab zaman persekolahan sekolah rendah. Masa tu hanya fikir seronok sahaja, nak bermain sahaja. Pulang sahaja dari sekolah, tukar pakaian berbaju kurung ,aku dan adik aku berlari lari ke surau untuk mengaji Quran, ini memang rutin harian, jangan laa nak mengelat siap nanti kena marah dengan arwah ayah.Takut punya pasal jadi kena pergi mengaji. Selesai mengaji pulang ke rumah salin pula pakaian harian untuk bermain..hahahaha...panjat pokok laa, main lastik laaa.aduhai mainan aku dan adik aku masa kecik memang ganas,hahahahaaa...bila jam 7 petang je berkejaran pulang ke rumah.Malam dah keletihan mmg akan tido awal.
Cuma bila aku dah Darjah 6, masa untuk main tetap main,tapi tumpuan aku lebih sedikit dalam kelas sebab nak UPSR kan...aku bukan murid yang rajin atau pandai..tapi bila aku berkehendakkan sesuatu,aku akan fokus dan buat betul betul..Alhamdulillah UPSR aku pada tahun 1991 ada 4 subjek aku dapat 4A.Fuhhh...masa tu rasa berbaloi laa belajar dan dalam masa sama bermain pun yea...
Tamat Darjah 6,aku teringin nak masuk MRSM atau SBP,namun arwah ayahku menghalang katanya aku perlu masuk ke Sekolah Ugama Arab Maahad Kota Bharu.Allamak sekolah apa tu, aku dah mula rasa sedih tapi sebab aku hormat arwah ayah aku,aku turutkan kehendaknya...tapi tu laa kan bila jiwa kita tidak berkehendak,jadi aku belajar pun main main,hilang fokus mungkin bagi aku sebab subjek yang terlalu banyak untuk aku belajar iaitu 20 subjek, akademik + subjek Arab.PMR aku kecundang,aku hanya dapat 3A sahaja, frust mmg frust tapi salah aku sebab tak study betul betul..huhuhuu.
Jadi aku dah nekad,kesilapan sewaktu Form 3 tidak akan aku ulangi lagi,aku mohon daripada arwah ayah untuk bertukar sekolah kepada sekolah harian, di awalnya dia membantah,namun akhirnya dia akur..aku mmg tak mampu nak bawak banyak subjek dalam satu masa. Maka aku dapat bersekolah harian dan dapat stay di rumah bersama mak dan ayah serta adik bongsu aku..wahhh masa tu seronoknya rasa.
Bila tiba SPM, aku memang nekad untuk buat yang terbaik,aku dah berjanji kepada arwah ayah aku yang aku akan pastikan aku dapat result yang baik dan dapat masuk Universiti.Aku ingat lagi sebelum aku SPM, arwah ayah ada berpesan pada aku, katanya "Ayah tiada harta untuk diberikan kepada anak anak, yang ayah boleh berikan adalah pendidikan, buatlah yang terbaik,ikut kakak kakak kamu yang telah berjaya itu." Ayat ini memang terngiang ngiang di telinga aku,memang sentiasa aku ingat.Alhamdulillah sewaktu result SPM diumumkan aku berjaya mendapat Pangkat 1 dan aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UTM,Skudai dalam kursus Sains Komputer.
Zaman bergelar mahasiswa lain maciam pulak ...berbeza sungguh dengan zaman sekolah menengah.Nasib laa aku ni dapat kawan kawan yang geng memang baik dan rajin study, kalo dapat yang cultural shock tu yang bahaya,silap2 hancusss result dan kena tendang dari UTM, aku memang selalu ingatkan diri aku, aku bukan anak orang kaya, aku kena belajar,habiskan kursus di UTM dan cari kerja.Di UTM, banyak juga aktiviti yang aku join,biasalah aku suka juga collect sijil...hahahahaa..lagi satu masa ni lah jugak baru nak belajar kawan dgn budak lelaki...hahahaa...tapi sebenarnya sebelum aku masuk UTM aku dah ada pakwe, aku kenal masa aku sedang tunggu result SPM,jadi kerani sekejap kat company abg ipar aku...sebelum tu tak pernah bercinta ,ngan pakwe ni laa belajar berchinta..hahahaaa
Dipendekkan cerita,aku pun berkahwin semasa aku final year,so aku sempat pregnant dan aku extend lagi 2 semester dan di semester akhir,kandungan aku dah pun mencecah 40 minggu. Hari ni aku present thsesis aku,esoknya aku dah bersalin anak sulung aku.Alhamdulillah dapat anak lelaki.
Korang nak ke baca lagi ni baru Part 1....nanti aku sambung Part 2 pula yea .