Suatu masa dahulu inilah saya ! Lebih kurang 7-8 tahun saya bekerja dalam sektor bank. Saya bermula dari bawah iaitu Officer sehinggalah jawatan terakhir sebagai seorang Senior Executive cum Team Leader.
Apabila naik pangkat, of course bebanan kerja juga bertambah,itu sudahlah pasti kan,masa tu saya dah mula terfikir adusss penat betul aku bekerja dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan kadangkala weekends pun kena kerja,sometimes bawak anak sekali ke ofis bila time weekends.
One day, anak saya bagitahu , "Mama, selalu kan waktu mama amik kitorang,semua orang dah balik dah,mama selalu amik kami lambat," kasihan dan sedih hati ini bila mendengar anak anak berkata begitu.Anak anak memang dijaga oleh pengasuh, asyik laa bertukar pengasuh sehinggalah yang terakhir anak anak berada di taska.
So, my big why mengapa saya nak sangat berhijrah dari kerja makan gaji dan terikat dengan masa kerja kepada business owner kerana anak anak saya...yea kerana anak anak saya!
Memang saya akui masa saya sangat limited, kerana di waktu pagi time hantar mereka ke sekolah itulah sedikit masa yang saya hanya sempat bertemu mereka sekejap sahaja dan bila waktu saya pulang, usually jam 10 malam baru saya sampai ke rumah, kadang2 anak anak dah tidur. Weekends pun kerja lagi,....huwaaaa bila masa untuk saya bersama anak2 dan keluarga?
Dan Alhamdulillah, setelah saya mengambil keputusan paling besar untuk meninggalkan alam pekerjaan makan gaji dan menjadi seorang business owner,terlalu banyak perkara yang saya sangat sangat bersyukur kepada Allah adalah "I AM THE MOST HAPPIEST MOM AND WIFE IN THE WORLD" !
Memang saya sangat sangat tidak menyesal dengan keputusan yang saya buat ini kerana hubungan saya bersama anak anak semakin baik dari hari ke hari, kami punyai masa yang sangat banyak untuk bersembang,makan bersama, spend more activities bersama. Kasih sayang juga terasa sangat mendalam.
Dalam hidup ini, saya selalu memikirkan saya tidak mahu kehilangan kasih sayang daripada orang yang saya sayang.Saya ingin hidup BAHAGIA bersama mereka.
Mereka adalah orang orang yang saya sangat sayangi, my dear daling husband , anak anak kesayangan saya ,merekalah kekuatan semangat saya, kerana mereka jugalah SAYA PERCAYA SAYA BOLEH BERJAYA !
Mereka adalah my BIG WHY !
Salam Sayang,
No comments:
Post a Comment