Showing posts with label Konsep. Show all posts
Showing posts with label Konsep. Show all posts

Wednesday, February 2, 2022

Apa Itu TAKAFUL ?


Bila sebut Takaful, pasti yang berlegar di ruang fikiran hanyalah ejen insuran / takaful yang mengejar duit kita. Betul?

Apakah maksud dan konsep Takaful sebenarnya?

• Takaful adalah satu tabung dimana ia mengumpul semua wang yang disumbangkan (didermakan) oleh pemegang polisi.
• Duit sumbangan/derma yang dikumpul kemudiannya dilaburkan pula kepada amanah saham yang PATUH SYARIAH (sebab itu ia takaful bukan insurans)
• Pengumpulan dan "membiakkan" jumlah wang yang dikumpul selepas dilaburkan itulah digunakan untuk membayar:
• Bil rawatan hospital
• Pampasan akibat sakit kritikal
• Pampasan akibat hilang upaya / cacat kekal
• Pampasan kematian kepada penama / waris
•Dan lain-lain pampasan yang dipersetujui bersama.
Sebab itu kami takkan ambil lebih 10% dari jumlah gaji bersih anda. Kami hanya buatkan polisi mengikut kemampuan. Kecuali jika anda berkeinginan untuk ambil FULL PROTECTION dan sanggup bayar lebih.Tak perlu takut.

Elite Pro Life Planner
Imtiyaz Consultancy Group