Kajian pakar kewangan
menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang
simpanan walaupun untuk jangka masa pendek.
Rakyat Malaysia
dikatakan tidak menabung, malah ramai yang mempunyai kurang daripada RM1,000
dalam simpanan. Laporan menyatakan apabila 6.1 juta ahli KWSP mempunyai kurang
daripada RM10,000 dalam akaun mereka.
Manakala 10 peratus
pula mempunyai antara RM5,000 hingga RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP mereka. Selain
itu, data juga menunjukkan 42 peratus pula mempunyai kurang daripada RM10,000
dalam Akaun 1 mereka. Keadaan ini memberi gambaran secara tidak langsung bahawa
ramai yang masih tidak bersedia dengan simpanan persaraan mereka.
Dalam kata lain,
kesedaran orang ramai terhadap perkara ini masih rendah dan simpanan persaraan
mereka juga ‘masih terlalu jauh’ untuk memberi jaminan kewangan yang kukuh
selepas bersara.
Wang saraan tidak
cukup kerana mereka hanya bergantung kepada satu sumber simpanan sahaja.
Golongan pekerja pula hanya bergantung kepada caruman KWSP untuk menampung
hidup selepas persaraan.
Ada yang tidak
mempunyai simpanan alternatif untuk kegunaan hari tua. Malah,mereka juga
terdedah kepada risiko pasca bersara, seperti kos tidak dirancang (sakit
tenat).Kos kehidupan yang semakin meningkat dan kurang peluang selepas bersara
untuk mencari peluang menambah pendapatan juga boleh menjadi punca.
Kos kesihatan juga
semakin tinggi dan kebanyakan mereka menggunakan sebahagian besar simpanan
mereka untuk keperluan anak-nak dan cucu seperti membeli rumah, kereta atau
untuk pendidikan.
Umur persaraan di
Malaysia ditetapkan pada usia 60 tahun. Sesetengah individu mempunyai kelebihan
untuk bersara lebih awal, namun, selebihnya berharap untuk bekerja lebih lama.
Statistik menunjukkan bahawa 45.2% rakyat Malaysia masih bekerja pada usia 55 –
64 tahun
Bank Dunia
menggunakan data rasmi untuk mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa
39.2% tenaga buruh di Malaysia tidak didaftarkan di bawah dana persaraan sama
ada di sektor swasta atau pencen kerajaan pada tahun 2019
𝐁𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚
Perkara ini
sebenarnya bergantung kepada diri sendiri kerana terdapat gaya hidup yang
berbeza antara satu sama lain.
Terdapat pelbagai
cara untuk bersedia menghadapi persaraan tetapi simpanan perlu dilakukan
bermula hari ini.
Saya ingin
mencadangkan kepada anda semua untuk melihat kepada tabungan alternatif seperti
saham dan pelaburan.
Lebih baik bermula
sekarang daripada bertangguh dan buangkan sikap suka menunggu dan akhirnya kita
sendiri yang sengsara.
Mulakanlah simpanan
dan pelaburan anda hari ini.
Create your
Retirement fund today ! Saya juga sudah bermula, anda bila lagi?
Jomm Retire dengan penuh bergaya dan selesa !
Hubungi saya untuk saya share how to create your second retirement fund today !
https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/
https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/
https://createyoursecondretirementfund.wasap.my/
Salam penuh kasih
sayang,
Raghdah Haji Daud
Your Trusted
Consultant
Elite Pro Life
Planner
Imtiyaz Consultancy Group