🎀 ❝𝐻𝑖𝑑𝑢𝑝 𝑡𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑖𝑛𝑑𝑎ℎ, 𝑙𝑎𝑛𝑔𝑖𝑡 𝑡𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑐𝑒𝑟𝑎ℎ❞ 🎀
Hibah ! Hibah ! Hibah ! “Kau dah apply hibah?” Pertama sekali kita kena faham apa itu Hibah? Hibah ini bukan produk Takaful ye kawan kawan sekalian, tu kena faham dulu. Hibah ini adalah satu pelaksanaan di mana ianya adalah hadiah untuk pewaris dan tidak perlu diFARAIDKAN. Jadi bagaimana pelaksanaan HIBAH ini? Hibah bersyarat (HIBAH TAKAFUL) adalah satu istilah yang digunakan merujuk kepada plan takaful yang mana manfaat kematian akan dibayar terus kepada penerima HIBAH (yang telah diletakkan dalam borang penamaan).Bayaran pampasan Takaful ini tidak akan melalui proses pembahagian harta pusaka kerana pampasan HIBAH Takaful ini tidak termasuk dalam harta pusaka. Di sini ingin saya berkongsi satu scenario di mana seorang suami atau dikenali sebagai BREADWINNER. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas BREADWINNER tersebut, seandainya suami telah meninggal dunia bagaimana pula si isteri dan anak anak tersebut untuk meneruskan kehidupan ? Di sinilah pentingnya Income Protection tersebut iaitu di dalam perancangan kewangan Islam, matlamat utama memilih untuk menghibahkan pampasan Takaful ini antaranya adalah untuk penggantian pendapatan kepada keluarga yang ditinggalkan. Pewaris yang ditinggalkan perlu makan untuk meneruskan hidup, perlu membayar bil bil semasa, perlu menanggung perbelanjaan persekolahan anak anak. Persoalannya sekarang, sudah kah anda menyediakan Tabungan HIBAH buat yang tersayang? Pilihan di tangan anda sama ada ingin meninggalkan sejumlah 500k atau 1 juta, semak Cash Flow anda , semak perbelanjaan anda !Yang penting sediakan allocation untuk Tabungan Hibah anda dalam Cash Flow anda. Jadilah orang yang bijak dalam merancang kewangan yang sihat. Jangan biarkan hidup pewaris kita selepas kematian kita terumbang ambing dengan pelbagai komitmen.Tidak semua orang dapat membantu ahli keluarga kita selepas ketiadaan kita kelak. Jadi kita sendiri yang perlu sediakan sesuatu buat mereka.Hubungi saya untuk dapatkan pelan Hibah yang bersesuaian dengan keperluan anda.